- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 287
Pematuhan SOP Gelembung Sukan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak
10 Mac 2021, Cheras - Telah selesai pemantauan pematuhan SOP Gelembung Sukan yang dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
Sesi pemantauan melibatkan perlawanan Bola Sepak Liga Super diantara Kuala Lumpur United FC menentang UiTM FC yang dijalankan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Pemantauan ini turut disertai oleh Rakan Muda Sports Bubble Volunteer (RMSBV) iaitu Encik Mark Yogaraj a/l Kunasegar dan Puan Munsalmah binti Ismail.
Sesi pemantauan pematuhan ini melibatkan beberapa elemen SOP yang telah dimuktamadkan oleh Kementerian Belia dan Sukan terutama melibatkan pengurusan pemain sebelum perlawanan bermula.
Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur United FC telah memastikan semua SOP Gelembung Sukan bagi Liga Super MFL ini dipatuhi sepenuhnya dan diikuti dengan jaya oleh semua pemain, pegawai teknikal dan krew.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 287
