Sik, 27 September 2024 - Program Plogging Komuniti Siri 1 Peringkat Daerah Sik Tahun 2024 telah pun diadakan dengan jayanya bertempat di Taman Awam Sik, Kedah Darul Aman
Antara objektif pelaksanaan Plogging Komuniti adalah membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjalan sambil mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dengan kerjasama anak-anak dari Rumah Anak Yatim Gemilang Sik (ADIK).
Turut hadir bersama Pegawai Unit Sukan,Encik Mohammad Alia Hanis bin Rosmadi, Pegawai Unit Pentadbiran, Puan Maziliana binti Mohamad Zahir dan Pegawai Unit Rakan Muda, Cik Noor Adila binti Zulkifli.
Disediakan oleh : Noor Adila Binti Zulkifli (PBSD Sik)
- JBS Kedah
- Hits: 134
