- JBS Kedah
- Hits: 130
PASUKAN BALING A MERAIH TEMPAT KE-4 DALAM KEJOHANAN BOLA TAMPAR WANITA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI KEDAH 2024
Alor Setar, 10 Ogos 2024 - Liga Sukan Komuniti 2024 Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan hari ini menyaksikan 3 jenis acara sukan dipertandingkan iaitu sepak takraw , bola tampar (wanita) dan ping pong berpasukan . Daerah Baling telah menghantar 6 pasukan , 2 pasukan bagi setiap acara .
Bagi acara sepak takraw , pasukan Baling A dan Baling B menamatkan saingan di peringkat kumpulan 16 manakala bagi acara ping pong berpasukan juga di peringkat kumpulan. Seterusnya , bagi acara bola tampar (wanita) telah menyaksikan pasukan Baling B berjaya ke suku akhir dan pasukan Baling A berjaya meraih tempat ke-4 .
Pihak PBSD Baling mengucapkan ucapan syabas dan tahniah atas semangat yang ditunjukkan oleh setiap pasukan daerah Baling yang bertanding dalam LSK Peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2024 ini .Turut hadir , Encik Mohd Farid Zakwan Bin Mohtar , Pegawai Unit Sukan PBSD Baling.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD FARID ZAKWAN BIN MOHTAR (PBSD BALING)
- JBS Kedah
- Hits: 130
