YAN, KEDAH, 23 SEPT 2024 –Bengkel Bimbingan dan Pembangunan Portfolio SKM – PPT Siri 4 telah diadakan pada 11 hingga 13 September 2024 di Hotel Seaview, Langkawi. Bengkel ini melibatkan pegawai-pegawai KBS Zon Utara dan Jurulatih di bawah kendalian APBM Port Dickson serta Pegawai-Pegawai IKBN Zon Utara.
Menerusi kaedah ini, calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pegawai Pengesah Luaran yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi membolehkan mereka menerima pentauliahan. Encik Jamadi bin Jamaludin, Pegawai Unit Belia PBSD Yan turut hadir sebagai peserta dalam kursus tersebut.
DISEDIAKAN OLEH : Hamidah Binti Ahmad (PBSD Yan)
- JBS Kedah
- Hits: 131
