YAN, KEDAH. 9 SEPT 2024 - Kejohanan Bola Sepak Belia Aktif 2024 anjuran Majlis Belia Daerah Yan telah diadakan pada 7 September 2024 (Sabtu) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak.
Pasukan KRB Fire muncul juara menerusi penentuan sepakan penalti menumpaskan pasukan KRB ICE. Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pasukan Gurun FT dan Selayar FC. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Encik Azman bin Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Guar Chempedak.
Turut hadir Encik Jamadi bin Jamaludin, wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Yan, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah Yan, Encik Mohd Firdaus bin Ahmad, Yang Dipertua PIBG SMK Guar Chempedak, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Yan dan Pengurusan TLJ FC.
DISEDIAKAN OLEH : Hamidah Binti Ahmad (PBSD Yan)
- JBS Kedah
- Hits: 187
