- JBS Kedah
- Hits: 111
MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM GOTONG ROYONG : RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN MOBILISASI SATRIA
PADANG TERAP KEDAH, 30 SEPTEMBER 2024 - Mesyuarat Pelaksanaan Program Gotong Royong : Rakan Muda Rakan Prihatin Mobilisasi Satria Daerah Padang Terap telahpun diadakan pada 29 September 2024 (Ahad) bertempat di Bilik Mesyuarat, Masjid Ubaidillah, Kariah Bendang Raja, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membentang cadangan pelaksanaan program dan susunatur serta pengisian aktiviti yang melibatkan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Padang Terap bersama Kariah Masjid Ubaidillah, Bendang Raja, Kuala Nerang.
Pelaksanaan program ini dijangka akan dilangsungkan pada 19 Oktober 2024 nanti.
En. Mohamad Hasni bin Mohd Yusof, Pembantu Belia dan Sukan (Unit Rakan Muda) Daerah Padang Terap hadir ke mesyuarat tersebut membentangkan pelaksanaan program/aktiviti yang akan dilaksanakan nanti. Hadir bersama Tn. Hj. Hambali bin Hj. Ahmad, Setiausaha Jawatankuasa Kariah, Masjid Ubaidillah, Kariah Bendang Raja, Kuala Nerang dan Ahli Jawatankuasa Masjid berkenaan.
DISEDIAKAN OLEH: WAN SYAHRIN BIN ALI (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 111
