Sik, 19 September 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Hari Sukan Negara (HSN2024) Peringkat Daerah Sik telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Sik. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sik, Tuan Faisal Rizal Bin Mohammad.
Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut En. Zailan Bin Daud, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik bagi membentangkan tentang pengisian aktiviti dan penyelarasan HSN Peringkat Daerah Sik 2024.
Disediakan oleh : Noor Adila Binti Zulkifli (PBSD Sik)
UUM Sintok , 12 September 2024 - Mesyuarat Induk Hari Sukan Negara 2024 di Dewan Mesyuarat Pusat Kokurikulum UUM dipengerusi oleh Puan Zaiton Pengarah ICU Negeri Kedah. Encik Zailan Bin Daud Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik turut serta hadir .
Disediakan oleh : Noor Adila Binti Zulkifli (PBSD Sik)
Sik, 09 September 2024 - Mesyuarat Pengurusan Bahagian Rakan Muda JBSN Kedah/Daerah diadakan secara atas talian yang dipengerusikan oleh Puan Salwa Binti Senawi Penolong Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah.
Disediakan oleh : Noor Adila Binti Zulkifli (PBSD Sik)
Sik, 09 September 2024 - Encik Muaz telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik dan membincangkan tentang penubuhan Kelab Taekwondo di Sik bersama Encik Zailan Bin Daud Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sik .
Disediakan oleh : Noor Adila Binti Zulkifli (PBSD Sik)
Felda Teloi Timur, 4 September 2024 - Perbincangan antara pihak pengurusan Felda Teloi Timur Sik mengenai Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Sik yang akan dilaksanakan pada 12 Oktober 2024.
PBSD dihadiri oleh Encik Zailan Bin Daud Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Pejabat Felda dihadiri oleh Pegawai Felda dan Pegawai.
Disediakan oleh : Noor Adila Binti Zulkifli (PBSD Sik)
BANDAR BAHARU – 19 Sept 2024 – Telah berlangsungnya Program Mobilisasi Satria sempena Festival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bandar Baharu 2024 pada 19 September 2024 bertempat di Masjid Al-Fateh, Serdang, Kedah.
Festival Maulidur Rasul ini merupakan program anjuran Masjid Al- Fateh dengan kerjasama Pejabat Daerah Bandar Baharu dan Majlis Belia Daerah Bandar Baharu berlangsung selama 2 hari melibatkan aktiviti –aktiviti seperti Perarakan Mulidur Rasul, Pertandingan mewarna, Pertandingan Azan, Sukaneka, Berkuda, Memanah, street Soccer, Arabic Bazaria, Malam Cinta Rasul dan Subuh Seperti Jumaat.
Sukarelawan-sukarelawan yang hadir bagi menjayakan program ini telah dibahagikan kepada empat segmen iaitu Rakan Aktif bagi aktiviti Street Soccer, Flying Fox dan Sukaneka, Rakan Prihatin bagi Aktiviti Perarakan Maulidur Rasul, Rakan Niaga bagi aktiviti Arabic Bazaria dan Rakan Ekspresi bagi Pertandingan Azan dan Subuh seperti Jumaat.
Penyertaan sukarelawan yang berusia 15 hingga 30 tahun itu telah mencapai objektif program untuk merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Turut terlibat adalah agensi kerajaan sekitar Daerah Bandar Baharu antaranya Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK), Polis DiRaja Malayisa (PDRM), RELA, Angkatan Pertahanan Awam dan Ngo,s MySalam.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 18 SEPT 2024 – Persiapan untuk Program Mobilisasi Satria sempena Festival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bandar Baharu 2024 telah diadakan pada 18 Sept 2024 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Al-Fateh dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.
Puan Fariza Ghazalli selaku pegawai unit Rakan Muda telah hadir bagi membantu kerja-kerja persiapan bersama-sama sukarelawan-sukarelawan SATRIA.
Persiapan merangkumi persiapan tempat bagi aktiviti perarakan Maulidur Rasul,Sukaneka, Malam Cinta Rasul, Arabic Bazaria dan menyediaan hadiah dan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan.
Turut hadir membantu ialah Jawatankuasa Masjid Al-Fateh yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid tersebut, Ustaz Mohd Shah Rizal Othman.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)
BANDAR BAHARU – 20 Sept 2024 – Telah berlangsungnya Program Plogging Komuniti Siri 2 Peringkat Daerah Bandar Baharu bertempat di sekitar Taman Tasik Seri Serdang (Masjid Al-Fateh).
Aktiviti dimulakan dengan sesi pemanasan badan seterusnya aktiviti berjalan sambil atau mengutip sampah plogging di sekitar Masjid Al-Fateh.
Program ini dilihat dapat membudayakan gaya hidup cergas dalam diri masyarakat serta dapat menjaga kebersihan alam sekitar komuniti setempat.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Fateh, Ustaz Mohd Shah Rizal Othman, barisan Jawatankuasa masjid,barisan Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Bandar Baharu dan pelatih-pelatih dari Pusat PUSPEN Serdang.
Disediakan oleh : Nur Adila Binti Mohamad (PBSD Bandar Baharu)