- JBS Kedah
- Hits: 148
MESYUARAT PENYELARASAN INDUK SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN 2024) PERINGKAT DAERAH KULIM BAGI TAHUN 2024
KULIM, 29 September 2024 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Induk Hari Sukan Negara (HSN 2024) Peringkat Daerah Kulim telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kulim pada 26 September 2024 yang lalu. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Tuan Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulim, En Mohd Zaini bin Salleh.
Taklimat pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2024 Peringkat Daerah Kulim telah disampaikan oleh En. Mohd Zaidi bin Zakariya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kulim. Turut hadir bersama di dalam mesyuarat tersebut adalah En Jamaluddin bin Jusoh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (Unit Sukan) dan En Mohd Hapis bin Mohd Shariff, Penolong Belia dan Sukan (Unit Belia).
Disediakan Oleh : Nazerah Binti Md. Najib (PBSD Kulim)
- JBS Kedah
- Hits: 148
