
KUALA LUMPUR, 3 FEBRUA2020 - masalah yang sering timbul adalah mencari pusat asuhan bagi kanak-kanak bawah empat tahun yang mempunyai silibus pembelajaran yang baik.
Katanya, sering kali pusat asuhan kanak-kanak bawah empat tahun ini hanya menyediakan permainan dan sekadar mengasuh tanpa ada sebarang pembelajaran.
“Susah mencari sehinggalah saya buka pusat asuhan atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) kerana niat ingin mengubah dan menolong ibu bapa di luar sana.
“Apabila membuka TASKA, saya dapati semuanya masih sama dan sukar mempunyai silibus atau pembelajaran yang sesuai.
Malah, pekerja saya yang juga guru TASKA sering berhenti kerja. Alasan yang sering diberi adalah tiada cabaran dan hanya menjadi pengasuh, bukannya seorang guru.
“Bermula dari situlah saya mula berfikir, bukan TASKA yang menjadi masalah, tetapi silibus atau pembelajaran yang tidak selari atau langsung tiada yang menjadi punca,” katanya.
Sejak itu, selama hampir tiga tahun Azmawati menjalankan kajian dan menggunakan sendiri silibus ciptaannya dalam TASKA sehinggalah diwujudkan buku panduan atau silibus pembelajaran untuk kanak-kanak bawah empat tahun yang dikenali sebagai TUNAS.
Katanya, pada mulanya TUNAS dijadikan panduan untuk TASKA miliknya, namun berbekalkan pemasaran dari mulut ke mulut kebanyakan ibu bapa muridnya, semakin banyak permintaan untuk buku TUNAS.
“Itu yang dikatakan pemasaran mulut ke mulut lebih pantas, saya mengalaminya sendiri. Bila saya perkenalkan TUNAS di TASKA, dapat dilihat peningkatan.
“Ramai ibu bapa murid saya yang perkenalkan pula kepada kenalan mereka sehinggalah saya jadikan TUNAS sebagai rujukan silibus kepada ibu bapa dan pusat asuhan lain.
“Bayangkan pada mula hanya cetak beberapa ratus unit saja, kemudian naik 1,000, 5,000 hinggalah 10,000 sekali cetak dan kini boleh mencecah 50,000 sekali cetak. Pembeli daripada individu atau pengusaha TASKA,” katanya.
Mengulas lanjut, Azmawati berkata, dia mula memasarkan buku TUNAS secara komersial dan mengadakan pertemuan dengan pihak berwajib bagi menjadikan TUNAS sebagai panduan atau silibus pembelajaran TASKA seluruh negara.
Dipetik daripada artikel Berita harian Online bertarikh 3 Februari 2019.
- APBM Batu Gajah
- Hits: 984







