
KEPALA BATAS, 22 OKTOBER 2020 : Pejabat Belia dan Sukan Seberang Perai Utara menerima kunjungan daripada Cikgu Rozaidi bin Ishak, guru mentor dan juga para peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda dari MRSM Kepala Batas.
Sebanyak 317 buah buku log pingat Perak dan pingat Gangsa dari MRSM Kepala Batas dihantar untuk disemak bagi pentauliahan ARP tahun ini. Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertujuan sebagai suatu pengiktirafan dan pemangkin semangat kepada para remaja berumur dari 14 – 25 tahun di dalam menanamkan nilai-nilai murni ke arah mencapai personaliti unggul. Diharapkan lebih ramai lagi peserta ARP Daerah Seberang Perai Utara dapat dilahirkan selepas ini.
Disediakan oleh: PBSD Seberang Perai Utara
- JBS Penang
- Hits: 1285





