- JBS Penang
- Hits: 552
TINJAUAN KERJA NAIKTARAF KSK PINANG TUNGGAL OLEH PEGAWAI PBSD SEBERANG PERAI UTARA
KEPALA BATAS, 16 OKTOBER 2020 : Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara bersama Pengurus Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Pinang Tunggal, Encik Zailan Bin Daud telah meninjau kerja-kerja menaiktaraf dan baikpulih kompleks tersebut pada hari ini.
Kerja-kerja menaiktaraf dan baikpulih yang dijangka siap pada bulan November nanti diharapkan dapat memberi manfaat kemudahan sukan kepada komuniti setempat.
KSK Pinang Tunggal juga menawarkan kemudahan-kemudahan seperti dewan serbaguna, bilik seminar, gelanggang luar (futsal dan bola keranjang), gelanggang badminton , sepaktakraw dan bola jaring.
Disediakan oleh: PBSD Seberang Perai Utara
- JBS Penang
- Hits: 552





