- JBS Penang
- Hits: 688
MESYUARAT PENYELARASAN MAJLIS PENYERAHAN PADANG HOKI KOMPLEKS SUKAN MBSP BERTAM BIL.2

KEPALA BATAS, 3 NOVEMBER 2020 : Mesyuarat Penyelarasan Majlis Penyerahan Padang Hoki Kompleks Sukan MBSP Bertam Bil.2 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar, Tingkat 1, Kompleks Sukan MBSP Bertam. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Pelbagai perkara berkaitan aturcara dan susun atur majlis telah dibincangkan. Majlis penyerahan tersebut akan dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Reezal Merican bin Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 7 November nanti.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara
- JBS Penang
- Hits: 688






