- JBS Penang
- Hits: 626
PROGRAM ANAK MUDA WAWASAN LESTARI (AMWAL) PERINGKAT DAERAH BARAT DAYA 2019 BERJALAN LANCAR
Program selama 3 hari 2 malam tersebut adalah hasil kolaborasi antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya bersama Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Barat Daya.
Antara pengisian program ini adalah slot kemasyarakatan, slot bersama Polis Diraja Malaysia, slot bersama Agensi Antidadah Kebangsaan iaitu ceramah kesedaran dan juga perkongsian “Cerita Orang Gagal” iaitu bekas pesalah dadah yang telah pulih sepenuhnya daripada gelaja penagihan dadah.
Seramai 40 orang peserta telah dipilih mengikuti program ini daripada 4 buah sekolah sekitar Daerah Barat Daya dan komitmen yang tinggi telah diberikan oleh para peserta yang rata-ratanya begitu teruja dapat mengikuti program sebegini. Perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya.
Berita oleh: PBSD Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 626
