
BATU UBAN, 10 DISEMBER 2020 : Mesyuarat Sambutan Hari Belia dan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang 2020 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan aturcara program dan kaedah pelaksanaan program tersebut yang bakal dilaksanakan pada 12 Disember 2020 nanti.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Mohammad Iswadi Bin Aljuhari, Timbalan Pengarah Belia.
Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Belia, JBS Pulau Pinang
- JBS Penang
- Hits: 584


