- JBS Penang
- Hits: 642
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KLINIK BADMINTON PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG OLEH MENTERI BELIA DAN SUKAN
PINANG TUNGGAL, 8 APRIL 2021 : Majlis Perasmian Program Klinik Badminton KBS Peringkat Negeri Pulau Pinang selamat disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican di Kompleks Sukan Komuniti, Pinang Tunggal, Kepala Batas dengan pematuhan SOP mengikut norma baharu.
Dalam ucapan perasmian itu, beliau mengalu-alukan kehadiran Sidek Bersaudara dan team Nusa Mahsuri yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada badminton dunia. Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas juga melahirkan ucapan terima kasih kepada Nusa Mahsuri dan sebagai Menteri Belia dan Sukan, beliau memberi jaminan dan komitmen akan memperkasakan lagi program pembangunan yang digerakkan oleh kelab profesional itu.
Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg Datuk Noor Azman Taib dan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Negara, Encik Mohd Azhari Mohammad.
Disediakan oleh :Pejabat Belia Dan Sukan Seberang Perai Utara
- JBS Penang
- Hits: 642
