Bukit Mertajam, 14 Mac 2022 - Klinik Motocross MyFit@Motorsports 2021/2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada 13hb Mac 2022 bertempat di Litar Motocross Padang Ibu, Guar Perahu dan Majlis Penutup disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Zaidi bin Mohd Said selaku Pegawai Khas kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Klinik dimeriahkan dengan kehadiran peserta seramai 30 orang yang terdiri dari pelbagai peringkat umur dan juga jantina. Timbalan Pengarah, Encik Mohammad Iswadi Aljuhari selaku wakil Pengarah JBSNPP membuat pelepasan peserta untuk Fun Race.
- JBS Penang
- Hits: 373
