
BATU UBAN, 20 MAC 2020 : Yang Berbahagia Tan Sri Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah mengadakan Lawatan Turun Padang ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bagi pemantauan Projek Pengubahsuaian dan Menaiktaraf Bangunan-Bangunan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Taklimat keseluruhan projek telah disampaikan oleh Tn. Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Turut hadir sama bagi lawatan pada hari ini ialah Dato' Abdul Razak bin Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri P.Pinang, Tn. Haji Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan & Strategik ICU JPM, Tn. Azman bin Ibrahim, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Dato' Azhar Bin Haji Arshad, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri P.Pinang (Pembangunan) dan Dr. G.Bala, Pengarah JKR Negeri Pulau Pinang.
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Sukan, JBS Pulau Pinang
- JBS Penang
- Hits: 973
