BATU UBAN, 16 NOVEMBER 2020 - Perjumpaan Unit Rakan Muda JBSN Pulau Pinang bersama Encik Hazrul Hafizi Abd Halim selaku Presiden Malaysia Gold Award Association (MAGAA) telah dijalankan pada hari ini bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
Sesi perjumpaan tersebut adalah bertujuan bagi membincangkan halatuju dan perkongsian pandangan berkaitan program ARPRM dan Rakan Muda yang bakal dijalankan kelak.
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Pulau Pinang
PULAU JEREJAK, 7 NOVEMBER 2020 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Timur Laut telah menganjurkan Program Rakan Muda ''Day Out " Jelajah Sukarelawan Pulau Jerejak.
Program ini telah memberikan satu pengalaman baru buat semua peserta dan krew dimana bukan sahaja dpt menikmati keindahan alam namum dapat mengenali sejarah dan beberapa penemuan baru. Program ini turut disertai oleh pemimpin Ngo Belia dan sukarelawan setempat.
SEBERANG JAYA, 07 NOVEMBER 2020 : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Tengah telah berjaya melaksanakan Program Rakan Muda Day Out(RMDO) dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah dan Persatuan Pemuda Gema Pulau Pinang bertempat di sekitar Seberang Jaya.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi keperluan makanan kpd golongan yang terkesan dgn wabak Pandemik Covid-19. Aktiviti kempen Pembudayaan Norma Baharu dalam menangani wabak tersebut juga dijalankan bersama.
Program ini juga telah dihadiri bersama oleh Encik Mohd Alif Anas Bin Md Nor, Yang Di Pertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah merangkap Presiden GMPS Kebangsaan, Saudara Mohammad Akhtar Bin Abdul Rahim Timbalan Pengerusi Persatuan Pemuda Gema Pulau Pinang serta Sukarelawan MBDSPT. Alhamdulillah semua aktiviti berjalan lancar dan mengikuti SOP yang ditetapkan.
BERTAM, 7 NOVEMBER 2020 : Telah berlangsung Majlis Perasmian Projek Menaiktaraf Padang Hoki Kompleks Sukan MBSP Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Haji Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah YB Dato’ IR Haji Zakiyuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee, Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YBhg. Datuk M. Noor Azman Bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Dato' Sr Hj Rozali Bin Hj Mohamud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai dan YBhg. Dato' Sri Subahan Bin Kamal, Presiden Konfederasi Hoki Malaysia.
TELUK BAHANG, 8 NOVEMBER 2020 : Sebanyak 15 buah keluarga terdiri daripada golongan muda dan belia terkesan akibat pandemik Covid-19 hari ini telah dibantu melalui sebuah program yang dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
Program yang dinamakan Program Rakan Muda Day Out 2020 Peringkat Daerah Barat Daya telah diadakan pada 7 November 2020 (Sabtu) bertumpu di sekitar kawasan Teluk Bahang dan Balik Pulau.
Seramai 10 orang sukarelawan belia tempatan turut bersama membantu program ini di bawah kelolaan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya dengan kerjasama Pengerusi Bencana Daerah Barat Daya, Penghulu-Penghulu Daerah Barat Daya, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Barat Daya, Majlis Belia Daerah Barat Daya dan Kelab Belia Sungai Ara.
Program ini mensasarkan golongan muda dan belia di kawasan Teluk Bahang dan Balik Pulau yang terkesan akibat pandemik Covid-19 seperti hilang pekerjaan, hilang mata pencarian dan keupayaan mencari rezeki dan seumpamanya. Hujan lebat sepanjang hari langsung tidak mematahkan semangat para petugas. Program bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.
KEPALA BATAS, 7 NOVEMBER 2020 : Program Rakan Muda Day Out anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, Kelab Belia Inspirasi Seberang Perai dan AJK Masjid Jamek Nurul Iman telah diadakan di Masjid Jamek Nurul Iman,Kubang Menerong.
Program dijalankan dalam bentuk gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan tapak perkuburan serta penanaman pokok untuk hiasan landskap. Pelaksanaan aktiviti telah mengambil kira pematuhan S.O.P seperti pengambilan bacaan suhu sebelum aktiviti dan penggunaan pelitup muka.
Program Rakan Muda Day Out ini diharap dapat mengaktif dan menggalakkan penglibatan belia dalam dunia kesukarelaan.
KEPALA BATAS, 4 NOVEMBER 2020 : Lawatan pelaksanaan Projek MyCorps oleh YBhg. Dato' Ahmad bin Darus, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, bersama Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Paya Keladi, Seberang Perai Utara.
Taklimat pelaksanaan projek MyCorps telah disampaikan oleh Muhammad Syatir. Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan aktiviti dan kerja-kerja bagi membangunkan projek MyCorps yang dinamakan PADIMAS COMMUNITY CENTRE di kawasan tersebut. Beliau juga membawa melihat sekitar kawasan projek. Turut serta bersama Encik Iswadi AlJuhari, Timbalan Pengarah, JBS Pulau Pinang, Puan Natrah Esa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara.
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Pulau Pinang
KEPALA BATAS, 4 NOVEMBER 2020 : Mesyuarat pelaksanaan Program MyCorps bersama Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bertempat di Masjid Paya Keladi, dekat sini.
Taklimat pelaksanaan program telah disampaikan oleh wakil program MyCorps, Encik Muhammad Syatir. Beliau memaklumkan bahawa pelaksanaan aktiviti dan kerja-kerja bagi membangunkan program MyCorps yang dinamakan PADIMAS COMMUNITY CENTRE di kawasan tersebut. Turut serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara, Pegawai Rakan Muda Negeri dan juga Wakil Jawatankuasa dari Kelab Belia Paya Keladi Masjid.
Disediakan oleh : Bahagain Pembangunan Rakan Muda, JBS Pulau Pinang
BANDAR PERDA, 4 NOVEMBER 2020: Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah telah mengadakan perbincangan ringkas bagi pelaksanaan aktiviti Rakan Muda Day Out (RMDO) Daerah Seberang Perai Tengah bersama dengan wakil Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah bertempat di PBSD Seberang Perai Tengah dekat sini.
Perbincangan ini bertujuan untuk membuat senarai semak serta penyelarasan aktiviti yang akan dilaksanakan sedikit masa nanti. Semoga program berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segalanya.