- JBS Sarawak
- Hits: 675
MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI BELIA DAN SUKAN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
KUCHING, 10 JANUARI 2020 – Satu Majlis Perpisahan Pegawai Belia dan Sukan anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan JBS Sarawak telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak bersempena dengan perpindahan Penolong Pegawai Belia dan Sukan S29 di Unit Kepimpinan & Pembangunan Sahsiah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak iaitu En. Muhammad Aniq Nazmy bin Zulkifly ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak bermula 13 Januari 2020.
Beliau telah berkhidmat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak selama 2 tahun dan 2 bulan, negeri Sarawak juga merupakan tempat pertama beliau bertugas sebagai penjawat awam. Pelbagai kenangan dan pengalaman yang telah beliau dapat selama beliau berkhidmat di negeri Sarawak.
Majlis Perpisahan tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan di ibu pejabat JBS Sarawak, ROY dan PJS. Seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ingin mengucapkan terima kasih dan semoga terus sukses di tempat tugas yang baru.
- JBS Sarawak
- Hits: 675
