LIMBANG, 12 JANUARI 2020 – MAKSAK Bahagian Limbang dengan kerjasama Pejabat Residen dan Daerah Limbang (KELAB JARESDA) serta Persatuan Badminton Bahagian Limbang telah menganjurkan Pertandingan Badminton MAKSAK Bahagian Limbang 2020 bermula pada 10 hingga 12 Januari 2020 bertempat di Stadium Tertutup Limbang.
Pertandingan Badminton ini melibatkan Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan yang berada di Bahagian Limbang. Sebanyak 20 pasukan mewakili jabatan dan agensi masing-masing menyertai pertandingan tersebut. Pertandingan dijalankan secara berkumpulan melibatkan 5 regu (3 regu lelaki dan 2 regu wanita) bagi setiap pasukan.
Pasukan PSKPP Lawas berjaya merangkul juara pertandingan menewaskan PSKPP Limbang. Manakala pasukan Medical Lawas dan Medical Limbang berpuas hati di kedudukan Ketiga Bersama.
- JBS Sarawak
- Hits: 567
