- JBS Sarawak
- Hits: 906
PERBINCANGAN MEMBAIK PULIH DAN MENAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL BERSAMA JABATAN KERJA RAYA BINTULU
BINTULU, 16 JANUARI 2020 – Pada 14 Januari 2020 yang lalu, Pejabat Belia dan Sukan Bintulu telah mengadakan perbincangan bersama Jabatan Kerja Raya Bintulu yang bertempat di Jabatan Kerja Raya Bintulu pada jam 10.30 pagi. Topik perbincangan adalah berkenaan dengan kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf gelanggang futsal bahagian Bintulu iaitu gelanggang futsal Rh. Bana, Sebauh dan gelanggang futsal 1 Malaysia Sg. Plan. Perbincangan itu melibatkan Puan Siti Nurhajar dan Encik Weston Hanley wakil dari Jabatan Kerja Raya Bintulu, manakala wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Bintulu ialah, Encik Kigen Anak Satong, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan Encik Hailey Robson Anak Banyang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.
- JBS Sarawak
- Hits: 906
