BANDAR PERDA, 2 JULAI 2019 – Satu Jamuan sempena Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini. Jamuan ini dianjurkan oleh PBSDSPT dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah. Pelbagai Hidangan disediakan kepada semua tetamu yang hadir bagi meraikan hari raya yang bakal berakhir.
Antara jemputan yang hadir adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Pegawai- Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Wakil dari Pejabat Parlimen Bukit Mertajam dan Permatang Pauh, Pengerusi-Pengerusi Kelab dan Persatuan Belia dan Sukan, MPSP, Perpaduan, Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang dan Agensi-Agensi yang selalu membantu dan bekerjasama selama ini. Semoga ukhwah dan persahabatan terus terjalin dalam mengangkat martabat belia menjadi lebih produktif dan berdaya saing.
Disediakan oleh : PBSD Seberang Perai Tengah

- JBS Penang
- Hits: 590