BUKIT MERTAJAM, 19 SEPTEMBER 2019 – Satu Mesyuarat Induk Penyelarasan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah SPT telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Wira Bestari, Pejabat Daerah dan Tanah SPT yang dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah dan Tanah. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua Agensi Kerajaan, Swasta, Pejabat ADUN dan Parlimen dan NGO di Daerah Seberang Perai Tengah dalam menggerakkan Bulan Sukan Negara di Daerah ini.
Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT Encik Mohd Hanaffi bin A.Rahman dan memaklumkan kerjasama semua pihak amat perlu dalam mencapai sasaran KBS untuk mendapatkan 18,000 penyertaan dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh semua pihak dalam bulan Oktober ini. Konsep yang diterapkan adalah 3M iaitu Mudah Murah dan Menarik yang menggalakkan setiap Agensi menggunan platform dan peruntukan sedia ada bagi menjalankan aktiviti sukan sepanjang bulan Oktober.
Disamping itu mesyuarat turut membincangkan tentang majlis Pelancaran Bulan Sukan Negara yang bakal diadakan pada 19.10.19 bertempat di Politeknik Seberang Perai Tengah yang akan menjemput Ahli Parlimen Permatang Pauh bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia untuk turut hadir.
Disediakan oleh : PBSD Seberang Perai Tengah

- JBS Penang
- Hits: 532