- JBS Penang
- Hits: 898
HARI KESUKARELAWANAN MALAYSIA 2019
CYBERJAYA, 26 Disember 2019- Kemeriahan Sambutan Hari Kesukarelawanan Malaysia turut diraikan oleh wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Barat Daya.
Sambutan berkenaan diadakan pada 7 Disember 2019 bertempat di Dewan Canselor Multimedia University (MMU) Cyberjaya dan dihadiri oleh kira-kira 500 orang sukarelawan dari seluruh negara.
Sambutan itu buat julung kalinya diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Sukrelawan Dunia yang turut disambut di seluruh pelusuk dunia di mana negara-negara yang terlibat dengan aktiviti kesukarelawanan turut menyambut sambutan ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga merupakan ADUN Kawasan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Program diselitkan dengan pelbagai acara-acara menarik termasuklah “Talk Show”, “Food Truck”, Konvensyen, “Free Market”, Persembahan, Program Khidmat Masyarakat dan sebagainya dan berakhir sekitar jam 6.00 petang.
Berita oleh: PBSD Barat Daya
- JBS Penang
- Hits: 898
