BALIK PULAU, 28 Ogos 2019- Seramai 4 orang pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya diketuai oleh Encik Mohamad Rayzlan bin Hadanan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya membuat lawatan tidak rasmi ke Kem Wawasan Negara Balik Pulau pada 23 Ogos 2019 yang lalu.
Lawatan berkenaan dibuat memandangkan Encik Mohamad Rayzlan baru sahaja bertugas di PBSD Barat Daya dan dalam proses merangka beberapa siri lawatan ke premis-premis milik Kerajaan yang berada di dalam Daerah Barat Daya.
Antara lain tujuan lawatan berkenaan adalah bagi meninjau persekitaran dan kemudahan yang terdapat di situ bagi mendapatkan pandangan awal untuk menjalankan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Peringkat Daerah Barat Daya yang dirancang pada 13-15 September 2019 ini di kem berkenaan.
Disediakan oleh: PBSD Barat Daya

- JBS Penang
- Hits: 957