BATU UBAN, 1 OGOS 2019 – Mesyuarat Pengurusan Eksekutif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Jabatan dekat sini.
Mesyuarat terdiri daripada semua Ketua Unit dan Pegawai Belia dan sukan Daerah seluruh Pulau Pinang termasuk Unit Kewangan dan Pentadbiran. Pelbagai Amanat Pengarah Jabatan En Zul Fadhli bin Aziz telah disampaikan antaranya berkaitan Aset, Stok, Pembangunan dan naik taraf Kemudahan Sukan, pemberian duit bantuan, SOP permohonan bantuan dan sebagainya.
Pelbagai maklumat telah diberi dan antara yang terbesar adalah Program Malaysia Sports Challenge yang akan berlangsung selama sebulan di daerah pada bulan Oktober. PBSDSPT perlu merancang dalam melaksanakan program tersebut bersama Pejabat Daerah dan Tanah Selaku Pengerusi dan perlu mendapat penyertaan seramai 18,000 orang. Semoga semua berjalan lancar demi mencapai matlamat Malaysia sebagai ‘Sporting Nation.’
KEPALA BATAS, 4 OGOS 2019 - Sesi Bengkel Tadbir Urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Pulau Pinang telah selesai dilaksanakan mengikut jadual perancangan. Peserta yang terdiri daripada pemimpin Kelab Tunggal telah memanfaatkan sesi Bengkel dengan sebaiknya untuk meningkatkan pengetahuan dan pemahaman berkenaan sistem pengurusan Pertubuhan yang efektif.
Turut hadir bersama adalah barisan ahli dan pemimpin Junior Chamber International (JCI) Penang, Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Majlis Belia Daerah, Persatuan-Persatuan Tunggal Zon Utara dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah di seluruh negeri Pulau Pinang. Kerjasama erat di antara Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri menghasilkan jaringan kerjasama positif yang secara tidak langsung dpt melahirkan Pertubuhan Belia berprestasi tinggi di negeri Pulau Pinang.
Sesi soal jawab telah dihadiri oleh wakil Kementerian dibawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia KBS iaitu Ketua Penolong Pendaftar Puan Zaliha Binti Abu Bakar, Penolong Pendaftar Kanan Puan Noor Azleen Binti Yusop, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPU Nazifah binti Zubir dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT Mohd Hanaffi Bin A.Rahman yang mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang.
BUKIT MERTAJAM, 8 OGOS 2019 – Satu Sesi Perbincangan bersama Penolong Pegawai AADK En Yusmar bin Mohd Yusof bersama Pegawai-Pegawai AADK telah diadakan di Agensi Antidadah Kebangsaan Seberang Perai Tengah dekat sini.
Perbincangan ini adalah bertujuan untuk menyambut hasrat Tuan Pegawai Daerah dan Tanah SPT Tuan Kamarul Haizal Koderat semasa Majlis Perundingan Belia Daerah Seberang Perai Tengah yang ingin Majlis Belia Daerah SPT bersama-sama PBSDSPT menjalankan kajian berkaitan Penyalahgunaan Dadah dalam Kalangan Belia Daerah SPT untuk dibentangkan dalam Mesyuarat dan Majlis Perundingan Belia akan datang.
Sehubungan itu satu pertemuan bersama AADK SPT telah diatur hari ini untuk mendapatkan data berkaitan. Antara yang dibincangkan adalah berkaitan jenis dadah yang diambil, black spot kawasan yang terkesan, kedudukan kes penagih dadah di dalam pusat serenti dan jumlah keseluruhan belia-belia yang terlibat. Data yang dipohon akan dipanjangkan kepada AADK Negeri untuk diberi maklumbalas sebelum tindakan susulan berkaitan kajian ini akan dilaksanakan.
Diharapkan Kajian ini akan menjadi bahan rujukan yang berguna kepada semua Agensi dan akan menjadi titik tolak dalam melaksanakan program-program yang dapat memberi kesan kepada anak muda kita pada hari ini serta dapat memberi kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
Pegawai Pusat Khidmat ADUN Berapit telah dilaksanakan di Pejabat ADUN Berapit di sini.Perbincangan ini bekisarkan tentang penganjuran Kejohanan Badminton yang bakal diadakan di kawasan Berapit di Dewan Badminton Berapit yang menjadi tempat ikonik lagenda badbinton Negara Datuk Lee Chong Wei membesar sebelum menjadi pemain badminton professional. Kejohanan ini dirancang bersekali dengan sambutan Bulan Sukan Negara atau Malaysia Sports Challenge yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2019.
Satu iniasitif PBSDSPT bersama ADUN Berabit yang ingin menjadikan kawasan ini dikenali selain menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat setempat. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai Seranta Pejabat Adun Berapit En Thomson, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT, En Mohd Hanaffi A.Rahman, Pembantu Beliau En Asmifaisal bin Alwi dan wakil MPKK Kawasan merangkap Penyelaras Dewan Badminton Berapit.
BERAPIT, 5 OGOS 2019 – Satu Sesi Perbincangan bersama Pegawai Pusat Khidmat ADUN Berapit telah dilaksanakan di Pejabat ADUN Berapit di sini.Perbincangan ini bekisarkan tentang penganjuran Kejohanan Badminton yang bakal diadakan di kawasan Berapit di Dewan Badminton Berapit yang menjadi tempat ikonik lagenda badbinton Negara Datuk Lee Chong Wei membesar sebelum menjadi pemain badminton professional. Kejohanan ini dirancang bersekali dengan sambutan Bulan Sukan Negara atau Malaysia Sports Challenge yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2019.
Satu iniasitif PBSDSPT bersama ADUN Berabit yang ingin menjadikan kawasan ini dikenali selain menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat setempat. Mesyuarat dihadiri oleh Pegawai Seranta Pejabat Adun Berapit En Thomson, Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT, En Mohd Hanaffi A.Rahman, Pembantu Beliau En Asmifaisal bin Alwi dan wakil MPKK Kawasan merangkap Penyelaras Dewan Badminton Berapit.
BUKIT MERTAJAM, 21 Jul 2019 - Program Fit Malaysia 2019 Edisi Pulau Pinang melepasi sasaran dengan kehadiran 25,000 orang peserta yang diadakan di Mini Stadium MPSP Jalan Betek. Selama 2 hari program ini berlangsung bermula dari 20 hingga 21 Julai 2019 dan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Program yang menjadi tumpuan ialah 'Fun Run' 5 KM dan juga 'Fun Ride' 30 KM yang berjaya menarik minat seramai 15,774 orang peserta di mana ia meliputi kawasan perumahan dan sekitar Pekan Bukit Mertajam.
Antara acara yang turut diadakan ialah aerobik fiesta, renang, bola keranjang, e-games, kabadi, zumba, 'freestyle footballer', 'body combat', silat, muay thai, cabutan nombor bertuah dan pameran dari Persatuan, dan agensi Kerajaan yang terlibat. Program ini amat bersesuaian agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas dan aktif dalam memantapkan komuniti sebagai nadi dan tunggak pembentukan modal insan serta dapat melahirkan generasi yang berkualiti. Program telah dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Menteri Belia dan Sukan, dan turut bersama YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan barisan tetamu kehormat yang lain.
BUKIT MERTAJAM, 17 JULAI 2019 – Satu taklimat sukarelawan telah diselaras oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah selaku Ketua Jawatankuasa tersebut di adakan pada jam 9.00 malam di Kompleks Sukan dan Rekreasi MPSP Jalan Betek dekat sini.
Seramai 75 orang sukarelawan telah dipilih yang terdiri daripada Majlis Belia Daerah, Persatuan Belia Gabungan, Kelab Belia Tunggal, NGO dan IPT telah menghadiri taklimat yang diadakan. Mereka di bahagikan mengikut keperluan Jawatankuasa yang memerlukan khidmat mereka seperti Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Persiapan Tempat, Jawatankuasa Makan Minum dan Jawatankuasa Penyertaan.
Taklimat berakhir jam 10 malam dan diharap semua sukarelawan dapat menyumbang dalam menjayakan program yang dirancang. “Jangan ditanya apa Negara sumbangkan kepada kita, tetapi tanyalah apa yang kita sumbangkan kepada Negara”. Syabas dan tahniah kepada semua sukarelawan yang terlibat.
BANDAR PERDA, 16 JULAI 2019 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Fit Malaysia kali terakhir telah berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Daerah SPT yang dipengerusikan oleh Pengarah Belia dan Sukan Negeri Zul Fadhli Abd Aziz.
Mesyuarat kali ini adalah mesyuarat terakhir yang menghimpunkan semua Jawatankuasa Kerja bagi memastikan semua perancangan berjalan licin dan lancar. Antara yang dibangkitkan adalah berkaitan pengagihan tugas terutamanya melibatkan protokal dan jemputan VIP dan keselamatan dari segi susun atur Majlis Pelancaran dan pergerakan masuk para peserta yang dijangka akan membanjiri kawasan stadium seramai 20,000 orang pada pagi 20 Julai 2019 untuk acara Fit Run dan Fit Ride. Selain itu Mesyuarat juga membincangkan tentang keperluan logistic dan persiapan tempat serta acara-acara yang akan berlangsung pada hari tersebut.
Turut hadir, Timbalan Pengarah En Vijayan Kumar a/l Nadarajan dan Penolong Pengarah JBSNPP En Zaidi Zakariya serta semua Ketua Jawatankuasa Kerja Program Fit Malaysia edisi Pulau Pinang. Semoga Berjaya!!
BUKIT MERTAJAM, 31 JULAI 2019 – Satu Mesyuarat Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah (JKTD) Bilangan 7/2019 telah berlangsung di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tuan Kamarul Haizal bin Koderat.
Pelbagai isu telah dibangkitkan terutamanya daripada ADUN kawasan setempat. Banyak aduan dan isu setempat yang dapat diselesaikan segera melalui Jawatankuasa ini dan tidak perlu dibahaskan di sidang Dun. Berbeza antara JKTD dengan sidang Dun, Sidang Dun adalah platform bagi membahaskan polisi dan dasar kerajaan serta membawa suara rakyat negeri untuk kepentingan secara keseluruhan.
Mesyuarat ini dapat memberi maklumbalas segera kerana Agensi yang berkaitan turut hadir untuk menyelesaikan segala isu yang perlu diambil tindakan. Hadir sama Pegawai belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, Mohd Hanaffi bin A.Rahman.
PERMATANG PASIR, 25 Jul 2019 – Satu Program Motivasi dan teknik menjawab SPM bagi kertas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah telah diadakan di SMK Permatang Pasir dekat sini. Hadir Merasmikan program ini adalah YB Muhammad Faiz Fadzil, Adun Permatang Pasir yang menegaskan bahawa untuk membina bangsa yang berjaya untuk kemakmuran bersama perlu bermula hari ini.
“Membentuk anak Permatang Pasir yang berpelajaran adalah objektif utama dalam menjalankan tugas sebagai Adun” kata beliau. Penyertaan peserta adalah terdiri daripada 5 buah sekolah di bawah DUN Permatang Pasir meliputi SMKA Ibrah, SMK Sama Gagah, SMKA Masriyah, SMK Guar Perahu Indah dan SMK Permatang Pasir. “Terima Kasih kepada Pihak Sekolah SMKPP, Majlis Belia Daerah, MPKK Permatang Pasir, Yayasan Taqwa dan semua yang membantu menjayakan program pada hari ini.
Selamat maju jaya kepada semua pelajar dan terima kasih guru-guru yang berusaha menjayakan program hari ini” tambahnya lagi. Hadir sama Yang Dipertua Majlis Belia Daerah SPT Saudara Alif Anas, Pengetua SMK Permatang Pasir, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah Mohd Hanaffi bin A.Rahman.