BUKIT MERTAJAM, 27 Jul 2019 – Satu Badan Operasi telah ditubuhkan di Daerah Seberang Perai Tengah di bawah kelolaan Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi yang telah diluluskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah sentiasa menyokong segala pergerakan mereka yang melibatkan pembangunan belia dibawah program Anugerah Remaja Perdana (ARP).
Sedang berlangsung adalah Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bagi Pentauliahan Anugerah Gangsa di SMK Jalan Damai yang dirasmikan oleh ADUN Berapit, YB Heng Lee Lee bersama Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang En Insyar Bin Man bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah SPT En Mohd Hanaffi bin A.Rahman. Sebanyak 58 Peserta telah dianugerahkan Pingat Gangsa dalam Majlis tersebut dan diharapkan mereka akan terus berusaha untuk mencapai Anugerah tertinggi dalam program ARP ini dengan bimbingan Kelab dan Jabatan berkaitan.
Disediakan oleh : PBSD Seberang Perai Tengah

- JBS Penang
- Hits: 757