- JBS Melaka
- Hits: 588
PEGAWAI RAKAN MUDA JBS MELAKA RAIH PINGAT PERAK DI PERTANDINGAN KAYAK SPRINT & SLALOM SEMPENA GRAND CULTURAL FESTIVAL 2019
- JBS Melaka
- Hits: 588
ALOR GAJAH, MELAKA 1 Disember 2019 (Ahad) – Bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka, satu majlis perasmian penutup bagi Kursus Kepimpinan Eksekutif Muda (KKEM) Peringkat Zon Selatan 2019 telah dilaksanakan. Perasmian tersebut di sempurnakan oleh En Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Kursus ini yang bermula dari 28 november hingga 1 disember 2019 juga melibatkan seramai 43 orang peserta dari melaka, negeri sembilan dan johor.
Objektif program ini adalah untuk melatih belia sebagai pemimpin masa hadapan yang berstatus eksekutif dalam membentuk dan memimpin organisasi atau persatuan di pelbagai peringkat, serta melahirkan penceramah ,fasilitator dan jurulatih yang eksekutif dalam bidang kepimpinan serta memiliki nilai jati diri kenegaraan dan patriotisme.
Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan ini, Puan Junaine Binti Mohamad Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Fadhilah Binti Tahar wakil Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Puan Norsuzita Binti Abd Manis Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Ayer Pa'abas, Encik Asni Bin Ismail Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Melekek Dalam, Encik Abdul Razak Bin Majid Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Lalang serta Encik Mohd Zaidi Bin Tahir Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.
JASIN, 28 November 2019 - Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Daerah Jasin Bil. 2/2019 di Bilik Gerakan Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jasin. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Tuan Low Chee Leong, Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri Melaka.
Mesyuarat membincangkan mengenai statistik tahunan kes dadah daerah Jasin, langkah pencegahan dan program yang akan dilaksanakan. Pembentangan laporan turut disampaikan oleh Polis DiRaja Malaysia, Pejabat Kesihatan dan Pejabat Pelajaran.
Hadir sama, YB Datuk Wong Fort Pin, Adun Kawasan Bemban dan Datuk Anis Ali Hasan, Pegawai Daerah Jasin.
JASIN, 23 November 2019 - Program Jasin Fit and Dance Fiesta 1.0 telah berjaya dilangsungkan di Dewan Alamanda, Jasin. Penyertaan seramai 200 orang itu telah mula mendaftarkan diri seawal jam 7.00 pagi.
Program yang pertama kali dilaksanakan di Jasin telah dianjurkan oleh Kelab Sukan Kecergasan Jelita Fit dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jasin dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Antara objektif Jasin Fit and Dance Fiesta 1.0 adalah menghimpunkan peserta aktif dalam Program Zumba selain mengeratkan silaturrahim antara peserta. Dalam program itu juga telah disampaikan hadiah Pakaian Terbaik dan Peserta Terbaik.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Puan Noor Jehan, Ahli Majlis MPJ. Hadir sama, Mohd Afiq Mazly, Pegawai Sukan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
ASAHAN, Melaka 21 November 2019 – Permasalahan sosial merupakan unsur negatif atau elemen yang merosakkan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara. Masalah sosial ini boleh menyebabkan keruntuhan akhlak, moral dan etika antaranya masalah penyalahgunaan dadah, vandalisme, lari dari rumah, pelacuran, pergaulan bebas, ketagihan arak, merempit dan sebagainya.
Melihat kepada permasalahan tersebut, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Jasin telah mengadakan Program Anak Muda Wawasan Lestari (AMWAL) Peringkat Daerah Jasin pada 19 November 2019 dan berakhir pada hari ini dengan penyertaan seramai 40 orang belia yang dikategorikan sebagai belia berisiko.
Program yang dilaksanakan di Kompleks MSN Saujana Asahan, Melaka ini digarap dengan beberapa elemen yang mantap melibatkan aktiviti lawatan sambal belajar ke Muzium Penjara Malaysia, aktiviti khidmat masyarakat, latihan dalam kumpulan, taklimat pendedahan kepada latihan kemahiran Giat MARA serta taklimat pendedahan kepada pertubuhan belia setempat.
Majlis Perasmian Penutup AMWAL Daerah Jasin telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan. Hadir sama Penolong PPD Sektor Pengurusan Sekolah, Khalid Hj. Mohd dan Pengurus MSN Saujana Asahan, Mohd Nizam Abu Talib.Alor Gajah, Melaka 27 November 2019 - Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah diadakan melibatkan pasukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka menentang pasukan 73 Woksyop Divisyen bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Lendu. Perlawanan ini diadakan bertujuan memupuk gaya hidup cergas dan aktif dalam kalangan warga jabatan serta memperluas hubungan pelbagai agensi kerajaan dalam Negeri Melaka.
Perlawanan berlangsung menarik dengan aksi berbalas jaringan di antara kedua-dua pasukan. Hadir sama menyaksikan perlawanan ini YBhg. Encik Noorman bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Pasukan telah diketuai Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Timbalan Pengarah (Belia) dan dibantu Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa, Penolong Pengarah (Rakan Muda), serta Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah selaku koordinator pasukan.
Perlawanan ini berkesudahan dengan kemenangan bergaya pasukan 73 Woksyop Divisyen mengatasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, 6-3. Sesungguhnya penganjuran program seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk manfaat bersama. Pihak Jabatan juga mengalu-alukan mana-mana pasukan untuk sesi perlawanan persahabatan sebegini.
Ayer Keroh, Melaka 27 November 2019 ( Rabu ) – Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, satu lawatan telah dibuat oleh Pengarah JBS Melaka Encik Noorman Bin Ramlan bersama-sama pengurusan tertinggi JBS serta pegawai pembanguan. Lawatan ini bertujuan bagi melihat tahap pembangunan kemajuan kompleks tersebut. Secara umum telah mengetahui bahawa kompleks ini telah ditutup sejak awal bulan April tahun ini bagi memberi laluan kepada projek menaik taraf tersebut dan dijangka akan berpersi semula pada Ogos 2020.
Melaka Tengah, 23 November 2019 : Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka telah menganjurkan program OrangeWalk : Kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah memberi bantuan jurulatih senamrobik selain menyertai program tersebut yang melibatkan laluan sejauh 3km.
Pelepasan program telah disempurnakan oleh YAB Tuan Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka, serta diiringi YB Datuk Ginie Lim Exco Wanita ,Hal Ehwal Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar.
Penyertaan warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka diketuai Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Yan Mohd Nor Aliff bin Mohamad Noh, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta Puan Norazlin Binti Sarun selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
Kemaskini Terakhir: 21-10-2026, 16:55:38