Ayer Keroh, Melaka 17 Januari 2020 (Jumaat), - Mesyuarat Pemantauan Projek Naik Taraf Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Pemantauan bertujuan untuk melihat progres kemajuan terkini projek naik taraf fasiliti yang bakal menjadi lokasi anak anak muda melaksanakan aktiviti aktiviti pembangunan belia dan sukan.
BANDAR HILIR, 20 Januari 2020 - Seramai Enam Orang Pegawai/Kakitangan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka Dibawah Port Folio Komunikasi, Multimedia, Ngo, Pembangunan Belia Dan Sukan Yang Diketuai Oleh Pengarah Jbsnm Menghadiri Bengkel Penyediaan Cadangan Permohonan Projek Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 Negeri Melaka Di Bawah Peruntukan Persekutuan.
Bengkel Ini Dilaksanakan Selama Dua Hari Bermula Jam 8.00 Pagi Hingga 5.30 Petang. Beberapa Perkara Telah Disampaikan Di Dalam Ucaptama Oleh Ybhg Datuk Salhah Binti Salleh, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan) Iaitu Hala Tuju Pembangunan Negeri Melaka Dan Penyediaan Rmke-12 Di Bawah Peruntukan Persekutuan Serta Pengenalan Rmk11 (2016-2020).
ALOR GAJAH, 13 Januari – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) Cawangan Pegoh Baru di atas penarafan 3 Bintang daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa KBBT Cawangan Pegoh Baru komited dalam pelaksanaan program dan juga penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang wajib dihantar setiap tahun kepada pihak ROY. Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia merupakan satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran MYKD dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan ROY. Syahbas dan tahniah diucapkan kepada Saudara Pragash A/L Devaras selaku Pengerusi KBBT Cawangan Pegoh Baru serta Ahli Jawatankuasanya di atas pencapaian ini dan diharapkan terus berusaha untuk mendapatkan penarafan sehingga 5 Bintang.
LENDU, MELAKA 11 Januari – Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah (MGBD) telah menyempurnakan kewajipan sebagai sebuah organisasi yang memayungi semua pertubuhan belia di peringkat Daerah Alor Gajah apabila berjaya melaksanakan Mesyuarat Agong Tahunan MGBD Alor Gajah di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Mesyuarat yang dirasmikan oleh Encik Raduan Bin Jaafar, mewakili YB Datuk Seri Redzuan Bin Md Yusof, Menteri Pembanguan Usahawan merangkap Ahli Parlimen Alor Gajah ini telah dihadiri oleh semua perwakilan dari gabungan persatuan di bawah MGBD Alor Gajah. Turut hadir ialah, Encik Ahmad Syariffuddin Bin Sarmin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Tuan Rahizi Bin Ranom, Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Halim Bachik, Penyelaras DUN Tanjung Bidara, Encik Amran Othman, Penyelaras DUN Kuala Linggi, Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah dan Encik Zaidi Bin Tahir, Pengerusi MGBD Alor Gajah. Tahniah dan syahbas diucapkan.
AYER KEROH, 9 Januari 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, YBhg Encik Noorman bin Ramlan telah menerima kunjung hormat delegasi daripada Persatuan Olahraga Masters Negeri Melaka (POMNM) bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ayer Keroh.
Delegasi diketuai Datuk Hj Nawawi bin Reduan selaku Timbalan Presiden POMNM dan disertai Setiausaha POMNM, Encik Selamat bin Sarif. Tujuan kunjung hormat ini diadakan bagi memaklumkan tentang penganjuran Kejohanan Olahraga Masters Antarabangsa yang akan diadakan di Negeri Melaka pada April 2020 kelak.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri menyokong penuh usaha penganjuran acara seperti ini dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan produktif dalam kalangan masyarakat amnya dan golongan veteran khususnya.
AYER KEROH, MELAKA 9 JANUARI 2020 - Pengarah dan Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Encik Mohd Hata bin Abu (mantan Penolong Pegawai Belia dan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang telah meninggal dunia dalam penerbangan ke Madinah untuk menunaikan ibadat umrah pada jam 12.30 malam waktu Malaysia. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Perkuburan Baqi', Madinah.Semoga roh Allahyarham dicucuri RahmatNya dan ditempatkan bersama para solihin. Al-Fatihah
MASJID TANAH, MELAKA 8 Januari 2020 – Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan salah satu program yang memberi pengiktirafan kepada golongan remaja di bawah umur 25 tahun yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum seperti kesukarelaan, kepimpinan, aktiviti lasak dan beberapa komponen lain bagi melengkapkan pengiktirafan bermula dari tahap gangsa, perak dan seterusnya emas. Justeru itu bagi berkongsi maklumat dan menarik lebih ramai penyertaan dalam program ini, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah telah memenuhi undangan daripada Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah bersempena dengan Minggu Paradigma IKTBN Alor Gajah. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Hasnuren Binti Huzali dan dihadiri seramai 200 orang pelajar IKTBN Alor Gajah.
LENDU, MELAKA 7 Januari – Bagi mengekalkan dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan kerja pembersihan di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah dan Kompleks Sukan Masjid Tanah satu mesyuarat telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah yang terlibat serta kontraktor dari Syarikat ABR Enterprise dan Anugerah Ahyu Enterprise bersama-sama dengan para pekerja am. Antara perkara yang dibincangkan ialah penyelarasan semula operasi pembersihan dan agihan tugas serta kebajikan pekerja.
LENDU, MELAKA 7 Januari 2020 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah telah memulakan Tahun 2020 dengan melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah Bil. 1/2020 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Sodikin Bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah ini telah dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah. Antara agenda mesyuarat ialah rangkuman laporan pelaksanaan program dan hasil kerja sepanjang tahun 2019 serta perancangan program dan urus tadbir bagi tahun 2020.