- JBS Johor
- Hits: 757
TAKLIMAT PENGISIAN DIARI PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DI SMK ANJUNG BATU, MERSING

MERSING, 22 Ogos 2019, – Taklimat Pengisian Diari Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan pada 22 Ogos 2019 (Khamis) jam 8.00 pagi di SMK Anjung Batu, Mersing. Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memastikan setiap komponen dalam program ini telah dilaksanakan mengikut syarat yang telah digariskan.
Rentetan daripada taklimat ARPRM di SMK Anjung Batu, Mersing yang telah diadakan pada 15 Januari 2019 yang lepas, seramai 5 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai peserta ARPRM. Antara komponen yang perlu peserta laksanakan adalah Khidmat Masyarakat, Rekreasi Fizikal, Kemahiran dan Penjelajahan Lasak. Diharapkan peserta yang terlibat terus berusaha dan bersemangat mengikuti program ini.
#PBSDMERSING
#SMKANJUNGBATU
#ARPRM
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 757








