- JBS Johor
- Hits: 539
MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA BULAN SUKAN NEGARA 2019 PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT

BATU PAHAT, 2 Oktober 2019 - Telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Bulan Sukan Negara 2019 peringkat Daerah Batu Pahat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Zulkiflee bin Haji Abbas, Pegawai Daerah Batu Pahat. Pembentangan tentang Bulan Sukan Negara 2019 disampaikan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Bulan Sukan Negara 2019 akan dilaksanakan selama sebulan sepanjang bukan Oktober. Daerah Batu Pahat mensasarkan jumlah penyertaan sebanyak 45,000 penglibatan.
Majlis Perasmian Sambutan Bulan Sukan Negara 2019 peringkat Daerah Batu Pahat akan dilaksanakan pada 17 Oktober 2019 di Stadium, Universiti Tun Hussein Onn, UTHM.
Disediakan Oleh PBSD Batu Pahat
- JBS Johor
- Hits: 539








