AKMAL DANISH GAPAI DUA PINGAT PERAK DI ACARA POWERLIFTING
KUCHING, 26 Sept. 2024 - Terbaik Mohammad Akmal Danish! Dua Pingat Perak berjaya diraih pagi ini di venue acara Powerlifting bagi kategori Total Lift dan Best Lift Bawah 65Kg.
MEGAT NUR IZZAT FAIZ RAIH PINGAT PERAK ACARA MEMANAH (INDIVIDU COMPOUND LELAKI)
PETRA JAYA, 26 Sept. 2024 - Megat Nur Izzat faiz kekal momentum terbaik beliau dalam mendepani pihak lawan daripada WP Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan tersebut namun telah memastikan Pingat Perak dalam genggaman Kontinjen Perak.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Megat Nur Izzat Faiz!
KUCHING, 26 Sept. 2024 - Sedang berlangsung Acara Pingpong kategori Men Wheelchair T3 dan Men Standing T11. Didoakan agar para atlet mampu beraksi cemerlang dan membuka peluang untuk membawa pulang pingat buat Kontinjen Perak.
PETRA JAYA, 26 Sept. 2024 - Nurul Farha kekal momentum terbaik beliau dalam mendepani pihak lawan apabila berjaya menewaskan Sabah dalam acara Memanah kategori Individu Compund Wanita.
KUCHING, 26 Sept. 2024 - Mohammad Akmal Danish dan Apiradi Singchang akan diturunkan pagi ini untuk bertanding masing-masing dikategori Bawah 65Kg dan Bawah 61Kg (Lelaki & Wanita) bagi acara Powerlifting.
Semoga Akmal Danish dan Apiradi telah bersedia dan memberi saingan terbaik pada hari ini. Timbalan Ketua Kontinjen, En. Mohd Syaiful Fahmi turut hadir untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet Powerlifting.
MESYUARAT KETUA KONTINJEN (CDM) PARA SUKMA XXI SARAWAK BIL.3
KUCHING, 26 Sept. 2024 - Mesyuarat Ketua Kontinjen Negeri Para SUKMA XXI Sarawak Bil. 3 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datu Hii Chang Kee, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Para SUKMA XXI Sarawak 2024 bertempat di Hotel Sheraton, Kuching.
Mesyuarat ini telah dihadiri semua Ketua Kontinjen dan wakil kontinjen. Pelbagai dapatan / isu semasa penganjuran Temasya Para SUKMA XXI telah dibincangkan. Turut hadir ke mesyuarat ini, Pn. Nor Azah Binti Ahmad Dahalan, Ketua Kontinjen Para SUKMA Negeri Perak bersama pegawai-pegawai kontinjen.
Beberapa isu berkaitan kebajikan dan teknikal pertandingan yang melibatkan atlet-atlet negeri Perak turut dibawa oleh Ketua Kontinjen untuk dibincangkan dalam mesyuarat ini.