KEPALA BATAS, 12 Ogos 2022 - Kursus Pengenalan Asas Golf "AKBG Caddy Outreach 2022" telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 5 Ogos 2022 bertempat di Penang Golf Resort Kepala Batas. Program kendalian Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) KBS ini melibatkan penyertaan 15 orang peserta. Melalui program ini para peserta berpeluang mempelajari sukan golf secara praktikal dan percuma, berpeluang menyambung pengajian sepenuh masa di AKBG dan program ini juga sebagai platform kerjaya dalam industri golf. Tuan Pengarah JBS Pulau Pinang, Encik Mozakir bin Buyong Mokhtar hadir menyerikan majlis penutup dan turut menyampaikan sijil kepada para peserta.
Disediakan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara.
Disediakan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara.
- JBS Penang
- Hits: 257
