Kepala Batas, 17 September 2022 - Mesyuarat bersama Agensi-agensi kerajaan dan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang bagi membincangkan perancangan Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada Sept 23-24 September 2022 di Kepala Batas,Pulau Pinang.
Gelugor, 13 Sept 2022 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Le Tour De Langkawi 2022 Peringkat Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang - Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar.
Balik Pulau, 12 September 2022 - Telah berlangsung ambutan Hari Belia Negara Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Barat Daya 2022 bertempat di Sekolah Kebangsaaan Tan Sri Awang Had Salleh, Balik Pulau,Pulau Pinang pada 11 Sept 2022. Program disertai seramai 1000 orang dengan kerjasama agensi kerajaan: Pej Kesihatan Daerah, Jabatan Penjara Negeri P. Pinang, Pejabat Kemas Daerah, Agensi Anti Dadah Daerah Kerjasama IPT : Giat Mara Balik Pulau, Kolej Komuniti Bayan Baru, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau. Antara agensi swasta yang mengambil bahgian ialah Agro Bank, Celcom Sdn Bhd, Kuszie Ice Cream Enterprise, Kopi Kampung & FD. Program dirasmikan oleh YBhg Datuk Shah Headan Bin Ayoob Hussain Shah, Presiden Persatuan Bola Sepak Daerah Barat Daya.
Balik Pulau, 12 September 2022 - Telah berlangsung ambutan Hari Belia Negara Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Barat Daya 2022 bertempat di Sekolah Kebangsaaan Tan Sri Awang Had Salleh, Balik Pulau,Pulau Pinang pada 11 Sept 2022. Program disertai seramai 1000 orang dengan kerjasama agensi kerajaan: Pej Kesihatan Daerah, Jabatan Penjara Negeri P. Pinang, Pejabat Kemas Daerah, Agensi Anti Dadah Daerah Kerjasama IPT : Giat Mara Balik Pulau, Kolej Komuniti Bayan Baru, Kolej Kemahiran Tinggi Mara Balik Pulau. Antara agensi swasta yang mengambil bahgian ialah Agro Bank, Celcom Sdn Bhd, Kuszie Ice Cream Enterprise, Kopi Kampung & FD
Kepala Batas, 11 September 2022 - Telah berlangsung Acara Memanah bagi Program 1000 Liga Peringkat Daerah SPU di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 10 September 2022.
Seramai 112 orang peserta telah menyertai pertandingan kali ini yang dijalankan dengan kerjasama Kelab Memanah Semerah.
Sukan memanah ini bukan sahaja untuk riadah dan pertandingan tetapi juga menjadi antara aktiviti yang boleh memperkasakan ummah dan negara.
Gelugor, 7 September 2022 - Telah selesai pelaksanaan Klinik Pembangunan Sukan Footgolf Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 pada 6 hingga 7 September 2022 Bertempat di Arena Mini Golf, Universiti Sains Malaysia. Program dianjurkan oleh Abatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Footgolf Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. Penyertaan terdiri dari mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas adalah seramai 23 orang. “Footgolf" ialah satu jenis sukan baharu yang menggabungkan antara sukan bola sepak dan golf. Majlis Perasmian penutup program Disempurnakan Encik Idrus Bin Rapie, Pengarah Pusat Sukan Dan Rekreasi Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Disediakan oleh Unit Penggalakkan Sukan, JBS Negeri Pulau Pinang
Sungai Jawi, 5 September 2022 - Telah berlangsung Malam Belia Berselawat Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan bertempat di Masjid Daearah Seberang Perai Selatan.
Gelugor, 5 September 2022 - Telah selesai pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Timur Laut pada 28 Ogos 2022 bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang