Gelugor, 13 Jun 2022 - Telah selesai Kejohan Futsal (MSL) Peringakat Negeri Pulau Pinang pada 12 Jun 2022 bertempat di Azman Hashim USM Arena Sport, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Tahniah kepada Pasukan UK Mix FT dari Daerah Barat Daya yang menjadi Johan.
Tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah bertanding di Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Futsal Kategori Lelaki..
Gelugor, 13 Jun 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Futsal Lekai (MSL) Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 12 Jun 2022 bertempat di Azman Hashim USM Arena Sport, Pulau Pinang.
Tahniah diucapkan kepada para pemain yang telah bertanding di Kejohanan Malaysia Sports League (MSL) Futsal Kategori Lelaki..
Gelugor, 11 Jun 2022 - Pasukan 2Fast2Furious dari daerah Seberang Perai Utara dinobatkan sebagai Johan di dalam Kejohanan Badminton MSL Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 dan juga akan mewakili Pulau Pinang di peringkat kebangsaan. Pertandingan berlangsung di Azman Hashim Sport Arena, universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada 11 Jun 2022.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para pemenang dan wakil-wakil pasukan dari 5 daerah yang bertanding..
Gelugor, 7 Jun 2022 - Telah bermula Program Let's Get Fit Siri 1 Negeri Pulau Pinang ini akan dilaksanakan pada setiap hari SABTU bermula dari 4 JUN hingga 2 JULAI 2022 di Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES) Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang.
Terbuka kepada semua. JOM sertai...
Disediakan oleh : Bahagian Pembangunan Sukan JBS Negeri Pulau Pinang
Gelugor, 3 JUN 2022 - Selamat datang ke Pulau Pinang kepada YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia dan rombongan hari ini turun padang melawat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang (JBS Negeri Pulau Pinang) sempena rangka lawatan rasmi ke Pulau Pinang.
Beroperasi di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) di Gelugor, lawatan antara lain bagi memastikan pengoperasian dan tadbir urus jabatan di bawah KBS berjalan dengan lancar dan teratur. Sesi taklimat dan penerangan telah disampaikan Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pulau Pinang, Encik Mozakir Buyong Mokhtar.
Mewakili Jabatan Belia Dan Sukan Negara ialah YBhg. Dr. Zainah Binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) Jabatan Belia Dan Sukan Negara dan Encik Nor Azli Bin Mohamad Daud, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan Rekreasi.
Ditulis oleh: Unit Portal, JBS Negeri Pulau Pinang
Sungai Jawi, 1 Jun 2022 - Telah berlangsung Kursus Asas Orienteering Tahap 1 Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 pada 30 hingga 31 Mei 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda di Kompleks Rakan Muda Jawi, Seberang Perai Selatan. Penyertaan seramai 40 orang. Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negrei Pulau Pinang dengan kerjasama Meosc dan Pesron Pulau Pinang. Majlis Penutup disempurnakan oleh Tuan Pengarah Encik Mozakir Bin Buyong Mokhtar. Tidak lupa juga kepada tuan rumah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan kerana menyambut kedatangan kami untuk melaksanakan kursus ini,Terima kasih.
Disediakan oleh : Unit Pembangunan Rekreasi JBS Negeri Pulau Pinang
Balik Pulau, 1 Jun 2022 - Telah selesai pelaksanaan Kursus Kepimpinan Organisasi Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah diadakan 27 hingga 28 Mei 2022 bertempat di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang. Program ini adalah anjuran Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Kelab Belia Cergas Permatang Tinggi. Penyertaan terdiri dari 40 orang terdiri dari pemimpin pelapis pertubuhan belia. Program ini bertujuan melatih pemimpin belia untuk menguruskan persatuan.
Disediakan olwh : Unit Pembangunan Sahsiah, JBS Negeri Pulau Pinang.
Batu Uban, 31 Mei 2022- Telah berlangsung Fit Lestari Raya 2022 anjuran Kelab Senamrobik Lestari dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya pada 29 Mei 2022. Program senamrobik berkenaan disertai oleh seramai 75 orang peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur. Bermula dari jam 5.00 petang, Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang telah mula digegarkan dengan alunan muzik yang rancak dan bertenaga dan pastinya menaikkan semangat para peserta untuk bersenam. Semenjak Negara ini beralih ke fasa endemik, semakin banyak NGO's mula kembali aktif menjalankan aktiviti sukan dan kecergasan dan secara tidak langsung merancakkan semula sektor sukan, rekreasi dan sosial negara.