- JBS Kelantan
- Hits: 590
USAHA PERKENAL #GIGECONOMY
PASIR MAS, 12 FEBRUARI 2020 - Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Mas menerima kunjungan dari Encik Khairul Ikhwan Zulkefly, pengasas #GetRunner, dan En. Wan Hassan, pengasas De Alami. Mereka berdua merupakan anak muda yang berjiwa besar dan berhasrat untuk membantu golongan belia di daerah ini.
Satu sesi perbincangan bersama antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan anak muda ini berkenaan program Global Online Workforce yang akan diadakan nanti. Beliau juga turut mengintai ruang dan peluang di Pasir Mas untuk mengembangkan servis GetRunner ke sini nanti.
Menurut En. Khairul Ikhwan Zulkefly, dia mahu jadi ”the number one delivery service provider in the East Coast within three years.”
Disediakan Oleh : Nazatul Asma Binti Ariffin, Urusetia Portal PBSD Pasir Mas
- JBS Kelantan
- Hits: 590






