KUALA NERANG KEDAH, 20 MAC 2019 – Fit Komuniti@Charity Fun Run anjuran Pejabat Belia dan Sukan dan Kolej Mara Kuala Nerang dengan kerjasama Kelab Sukan Komuniti Padang Terap (SRCC) telah berlangsung dengan jaya dengan penyertaan seramai 600 orang peserta. Program ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis di Hospital Sultanah Bahiyah di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.Ia juga sejajar dengan dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2018 bertemakan “We Run We Fund”.Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu Open Run 10km dan Fun Run 5km
DISEDIAKAN OLEH : MOHD SYAFIQ BIN ABDULAH (PBSD PADANG TERAP)
- JBS Kedah
- Hits: 175
