- JBS Kedah
- Hits: 168
ZUMBASEMPENA PESTA SONGKRAN 2019
ALOR SETAR KEDAH , 13 MEI 2019 – Kelab Rimba Aerobik (RAC) bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah melaksanakan program zumba di Dataran Pahlawan Alor Setar sempena menyambut Pesta Songkran.
Program Zumba ini telah mendapat penyertaan positif daripada pelbagai lapisan masyarakat di sekitar Alor Setar. Selain zumba, RAC juga mengambil peluang memperkenalkan Pesta Songkran iaitu budaya masyarakat Siam kepada kaum lain di Malaysia.
Hadir bersama di program ini adalah Yang Berhormat En. Chan Ming Kai, Ahli Parlimen Alor Setar, Yang Berbahagia Datuk Seri Boon Som Inong,Penaung RAC, Yang Berusaha EnTeh Kok Soo, Pegawai Khas kepada YAB Menteri Besar Kedah, dan En Mohd Izuan dari PBSD Kota Setar serta En Ahmad Naufal Abdullah, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar.
DISEDIAKAN OLEH: NATRAH BINTI ESA (PBSD KOTA SETAR)
- JBS Kedah
- Hits: 168
