- JBS Kedah
- Hits: 278
KOMUNITI FIT DAERAH KOTA SETAR
ALOR SETAR KEDAH, 21 MAC 2019 - Program Senamrobik Fit Malaysia @Komuniti Daerah Kota Setar merupakan kesinambungan gerakan massa Fit Malaysia dengan perlaksanaan di peringkat komuniti melibatkan aktiviti kecergasan (senam robik, zumba dan sebagainya).
Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah melaksanakan siri Fit Malaysia @Community bertempat di Dataran Pahlawan, Wisma Darulaman, Alor Setar. Kakitangan daripada pelbagai jabatan kerajaan dan orang awam telah menyertai siri aktiviti yang telah direncanakan iaitu sesi senamrobik di mana telah disertai lebih kurang 300 orang. Ianya turut dihadiri oleh Encik Teh Kok Soo, Pegawai Khas Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.
Program ini merupakan sebahagian usaha PBSD Kota Setar dengan kerjasama Kelab Rimba Aerobik dan Persatuan Bola Jaring Daerah Kota Setar untuk membudayakan sukan di kalangan kakitangan kerajaan terutamanya di Daerah Pendang. Objektifnya di dalam melahirkan masyarakat yang cergas, sihat dan aktif seterusnya mencapai misi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.
DISEDIAKAN OLEH : MOHD AZRAI BIN NOOR AZHAR (PBSD KOTA SETAR)
- JBS Kedah
- Hits: 278
