KSRRH SELANGOR OPEN CHAMPIONSHIP 2026

KSRRH SELANGOR OPEN CHAMPIONSHIP 2026

🗓️ 3 Mei 2026 (Ahad)
📍 Sungai Rasau, Shah Alam

Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor telah menyempurnakan majlis penyampaian cek cura bernilai RM 30,000.00 kepada Kelab Sukan Rekreasi Roslin Hashim (KSRRH) sempena penganjuran KSRRH Selangor Open Championship 2026 ✨

Majlis yang berlangsung di FBSA by Nova Sport Arena di sini telah diadakan dalam suasana yang penuh semangat kesukanan serta mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan badminton, khususnya di negeri Selangor.  

Kejohanan ini telah berjaya 👏 menarik penyertaan seramai 300 orang peserta dari seluruh negeri, sekali gus menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu serta memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.  

Pemberian geran ini diharapkan dapat memperkukuh lagi pembangunan sukan badminton, malah sebagai tanda menyokong penganjuran kejohanan yang berkualiti dan berimpak tinggi pada masa akan datang.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#GeranPadananSukan
#GPS2026

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 10:16:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search