- JBS Selangor
- Hits: 38
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DEFG CUP 2026
- JBS Selangor
- Hits: 38
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH DEFG CUP 2026
🗓️ 2 Mei 2026 (Ahad)
📍The Club @ Bukit Utama
Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor telah hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah DEFG CUP 2026 ✨
Majlis berprestij itu turut dihadiri oleh penaung Dynamic Eagle FootGolf Club, Yang Berhormat Puan Young Syefura binti Othman dan Pengurus Besar The Club @ Bukit Utama sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan sukan footgolf di peringkat komuniti.
Majlis tersebut diadakan bagi meraikan para pemenang yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan berlangsung. Suasana majlis yang meriah dan penuh semangat kesukanan jelas terserlah sepanjang sesi penyampaian hadiah.
Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta dan hadirin, sekali gus mencerminkan kejayaan penganjuran DEFG CUP 2026 👏
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#DanaSukanKomuniti
#DSK2026
