MAJLIS PERASMIAN PROJEK PLANET RAKAN MUDA NEGERI SELANGOR

MAJLIS PERASMIAN PROJEK PLANET RAKAN MUDA NEGERI SELANGOR

🗓️ 26 April 2026 (Ahad)
⏰ 10.00 pagi

Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor diiringi Cik Artika binti Rozilan, Penolong Pengarah JBSN Selangor bersama dif-dif jemputan daripada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), Majlis Belia Negeri Selangor (MBS) dan Kelab Rakan Muda (KRM) Selayang Baru ke Majlis Perasmian Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 bertempat di📍Beting Rimbayu Campsite, Kuala Kubu Bharu.

Beliau berkata, bumi 🌍 yang kita diami ini merupakan amanah yang sangat berharga. Ia bukan sahaja tempat kita berteduh ☂️ dan mencari rezeki, tetapi juga warisan yang perlu kita pelihara untuk generasi akan datang. Namun, realitinya hari ini, bumi kita semakin terancam akibat pencemaran, pembalakan tidak terkawal, serta sikap tidak bertanggungjawab manusia. Inisiatif penganjuran program Rakan Bumi ini merupakan satu langkah kecil untuk memelihara kawasan “hijau” bermula di kawasan sekeliling yang hampir dengan kita 💪

Tuan Pengarah turut membuat acara pelepasan bagi “Hijau” Treasure Hunt, Aktiviti Plogging dan Aktiviti Penanaman Pokok di sekitar kawasan Beting dan Taman Tasik Millineum.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanBumi
#YakinBoleh

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-08-2026, 10:16:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search