- JBS Selangor
- Hits: 29
JEMPUTAN PERASMIAN SELANGOR BARAKAH @MMU CYBERJAYA
- JBS Selangor
- Hits: 29
JEMPUTAN PERASMIAN SELANGOR BARAKAH @MMU CYBERJAYA
🗓️ 15 Mac 2026 (Ahad)
📍 Multipurpose Hall, MMU Cyberjaya
Sekretariat Rakan Muda Universiti Multimedia (SRM MMU) hari ini berjaya menganjurkan Program Rakan Muda Barakah: “Cahaya Ramadan, Revolusi Digital”, sebuah inisiatif murni yang menggabungkan pengisian rohani dan pemerkasaan teknologi. Program yang berlangsung selama dua (2) hari di kampus MMU Cyberjaya ini telah dihadiri dan dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor dan diiringi oleh Yang Berbahagia Prof. Ir. Dr. Zulfadzli Yusoff, Vice President Student Experience & Entrepreneurship Development dan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mazliham Mohd Su’ud.
Kehadiran beliau bukan sahaja bagi menyempurnakan gimik perasmian, malah turut menyampaikan sumbangan ikhlas kepada 100 orang anak yatim yang diraikan dalam majlis ✨
Penganjuran program ini merupakan bukti keberkesanan pelbagai insentif yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). SRM MMU telah memanfaatkan Dana Rakan Muda secara strategik untuk memastikan kelancaran aktiviti yang merangkumi, Bengkel Revolusi Digital: Pendedahan asas teknologi kepada anak-anak yatim, Pengisian Rohani: Slot "Cahaya Ramadan" bagi memantapkan sahsiah diri dan Penyerahan Sumbangan: Bantuan kewangan dan kelengkapan bagi meringankan beban penerima.
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengarah memuji proaktifnya SRM MMU dalam menggunakan dana yang disediakan kerajaan untuk impak sosial yang nyata. Beliau menekankan bahawa penguasaan digital dalam kalangan generasi muda, termasuk anak-anak yatim, adalah kritikal dalam memacu masa depan negara selaras dengan aspirasi Rakan Muda. Program ditutup dengan majlis berbuka puasa.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#DanaRakanMuda
#YakinBoleh
