MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF @ KAMPUNG ANGKAT MADANI, KBS

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK NAIK TARAF @ KAMPUNG ANGKAT MADANI, KBS

🗓️ 9 Mac 2026 (Isnin)
📍 Kg. Org. Asli Buluh Telor, KKB

Telah berlangsung Majlis ringkas penyerahan siap kerja projek naik taraf padang bola sepak Kampung Orang Asli Buluh Telor, Kuala Kubu Bahru bertempat di Surau Al-Firdaus, Kampung Orang Asli Buluh Telor. 

Projek ini merupakan salah satu projek di bawah  program Kampung Madani Satu Pemimpin Satu Kampung YB Menteri Belia dan Sukan. Kerja naik taraf ini dikendalikan oleh Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur dan Perbadanan Stadium Malaysia mengambil masa selama tiga (3) bulan bermula September hingga Disember 2025 untuk disiapkan. 

Dokumen penyerahan siap kerja projek ini telah disampaikan oleh pihak kontraktor kepada Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor. Pihak kontraktor turut menyumbang sebanyak dua (2) biji bola sepak kepada wakil penduduk kampung.

Turut hadir sama Encik Iliyas Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Encik Muhammad Afif Jamal bin Abd Nasir, wakil Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur, Encik Harun Adan, Batin KOA Buluh Telor dan Encik Nadzeman bin Mohd Nor, Pegawai Kemajuan Orang Asli Daerah Hulu Selangor.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KAMKBS

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search