MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI SELANGOR 1447H

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN NEGERI SELANGOR 1447H

πŸ—“οΈ 8 Mac 2026 (Ahad)
πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom

Program ini merupakan program ikonik Rakan Muda yang dilaksanakan pada setiap tahun khusus kepada belia yang berumur 13 hingga 30 tahun sebagai satu pengisian rohani yang bermanfaat pada bulan Ramadan. Pelbagai pengisian di peringkat negeri Selangor iaitu Program Kacau Bubur Lambuk, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Azan & Iqamah, Sesi Tadarus Al-Quran, Kuiz Kenegaraan, Majlis Khatam Al-Quran, Sumbangan Ramadan, Tazkirah Ramadan dan Majlis Iftar Rakan Muda Ramadan.

Majlis telah disempurnakan oleh Y.D.M Tengku Dato’ Mohamed Alhaj bin Tengku Harun, Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat diiringi Yang Berusaha Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor, Yang Berbahagia Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah (Belia) JBSNegara, Encik Ahmad Shukri bin Haji Adnan, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor, Encik Mohd Fazlee bin Mohd Latiff, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Langat, Yang Berbahagia Dato’ Zurihan Yusof, Penyelaras DUN Sijangkang dan Encik Sadle bin Makpon, Nazir Masjid Bandar Saujana Putra.

Tahniah kepada pemenang Pertandingan Azan & Iqamah Rakan Muda Ramadan dan Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan πŸŒ™Β 

Terima kasih kepada barisan rakan strategik yang menjayakan program ini πŸ’ͺ

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#RakanMasjid
#RMRamadan

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright Β© 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search