- JBS Selangor
- Hits: 14
SESI KUNJUNG HORMAT SYARIKAT MINDAPPZ KE JBSN SELANGOR
- JBS Selangor
- Hits: 14
SESI KUNJUNG HORMAT SYARIKAT MINDAPPZ KE JBSN SELANGOR
๐๏ธ 6 Mac 2026 (Jumaat)
๐ Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor
Satu Sesi Kunjungan Hormat oleh Syarikat MindAppz Sdn. Bhd. ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor (JBSN Selangor) telah berlangsung pada hari ini. Kunjungan ini diwakili oleh Encik Sashitharan Paramasivam, CEO SK Self Enrichment Academy, Encik T. Vikneswaran @ Vicky, Edu Consultant dan Encik Daniel Gnanamani, Programme Director MindAppz bagi membentangkan cadangan kerjasama strategik bersama JBSN Selangor.
Cadangan tersebut bertujuan membuka peluang penjanaan pendapatan dalam kalangan belia, khususnya melalui platform pembelajaran dalam talian di bawah ekosistem JBSN Selangor.
Pihak Jabatan dipengerusikan olehย
YBrs. Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor menyambut baik cadangan kerjasama ini serta turut berkongsi pandangan bagi memastikan platform pembelajaran dalam talian yang diperkenalkan dapat memberi manfaat berterusan dan mencapai kejayaan dalam memperkasa pembangunan belia di Negeri Selangor.
Turut hadir dalam sesi ini Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor serta Pegawai-Pegawai Pembangunan Belia JBSN Selangor.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
