SESI KUNJUNG HORMAT PEPIAS KE JBSN SELANGOR

SESI KUNJUNG HORMAT PEPIAS KE JBSN SELANGOR

SESI KUNJUNG HORMAT PEPIAS KE JBSN SELANGOR

🗓️ 2 Mac 2026 (Rabu)
📍 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor

Sesi Kunjungan Hormat telah berlangsung antara Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dan JBSN Selangor yang dipengerusikan oleh Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor bersama Pegawai-Pegawai Pembangunan Belia JBSN Selangor.

Sesi kunjungan hormat ini diwakili oleh Saudara Mohamad Haqime bin Sharuddin, Presiden PEPIAS dan Saudara Amir Husaimi bin Ahmad Faizal, Setiausaha Agung PEPIAS bagi membentangtangkan hala tuju PEPIAS serta membincangkan potensi pelaksanaan kerjasama strategik antara PEPIAS dan JBSN Selangor dalam usaha memperkukuh pembangunan belia di negeri ini.

Pelbagai pandangan, cadangan serta khidmat nasihat dikongsi bersama dalam sesi perjumpaan ini. Antara program yang dirancang adalah Program Ihya’ Ramadan (IHRAM) 1447H dan Perkampungan Menara Gading Selangor 2026.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search