- JBS Selangor
- Hits: 23
SESI PERBINCANGAN BERKAITAN GELANGGANG FUTSAL @KOMBES SELANGOR
- JBS Selangor
- Hits: 23
SESI PERBINCANGAN BERKAITAN GELANGGANG FUTSAL @KOMBES SELANGOR
🗓️ 12 Januari 2026 (Isnin)
⏰ 2.30 petang
Susulan pemilihan Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Selangor sebagai salah satu lokasi/ venue bagi penganjuran acara futsal sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, satu sesi perbincangan rasmi telah diadakan bersama wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan, nasihat serta input teknikal daripada pihak berkaitan bagi memastikan semua kerja-kerja naik taraf gelanggang futsal yang akan dilaksanakan adalah selaras, mematuhi serta memenuhi sepenuhnya standard, spesifikasi dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Turut hadir, Puan Norazreen binti Sulaiman, Timbalan Pengarah JBSN Selangor dan Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor.
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
