- JBS Selangor
- Hits: 35
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 (FASA 3) PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR
- JBS Selangor
- Hits: 35
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 (FASA 3) PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR β¨
ποΈ 19 Disember 2025 (Jumaat)
π Firefly Park Resort, Kuala SelangorΒ
Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang bagi Kategori Kanak-Kanak OKU (6 β 15 Tahun) dan Kategori Kanak-Kanak B40 (6 β 12 Tahun) telah melabuhkan tirai dengan penuh jaya dan bermakna apabila majlis diserikan lagi dengan kehadiran Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah JBSN Selangor dan Encik Jasalilawadi bin Jahi, Penolong Pengarah Kanan JBSN Selangor.
Turut hadir dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor β Encik Faizul, wakil SMK Pengkalan Permatang, Puan Siti Zaimidah, wakil Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Puan Jamilah, Persatuan Renang Para Negeri Selangor serta Puan Ika, Firefly Park Resort, Kuala Selangor. Sokongan padu daripada ibu bapa dan penjaga turut menjadi pemangkin kejayaan penganjuran program ini.
Program KLAS Renang ini bukan sekadar melatih kemahiran asas sukan, malah menjadi platform untuk peserta membina keyakinan diri serta memberi peluang yang sama rata kepada peserta Kategori OKU dan Kategori B40.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan program ini sehingga mencapai objektif yang dihasratkan. ππ
#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#KLASRenangSelangor
