MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG (B40) FASA 3 2025 PERINGKAT DAERAH KLANG

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG (B40) FASA 3 2025 PERINGKAT DAERAH KLANG.

KLANG, 10 Disember 2025 (Rabu) - telah berlangsung Majlis Penutup Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 3, 2025 bertempat di  Akademi Renang Water Mates Sg Puloh Klang. Seramai 40 orang peserta telah mengambil bahagian dalam sesi kelas renang tersebut dan yang diantaranya berumur 6 tahun hingga 12 tahun.

Hadir majlis penutup serta penyampaian sijil program KLAS Renang disampaikan oleh Encik Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan diiringi oleh Encik Jasalilawadi Bin Wadi, Timbalan Pengarah Sukan dan Encik Murugapperumal  Pillai, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang. 

Setelah berakhir nya program renang bagi kategori Kanak-Kanak (B40) ini peserta dapat mengaplikasikan objektif seperti pendedahan kepada teknik asas berenang yang betul dan selamat,membina keyakinan di dalam air (water confidence) dan membudayakan gaya hidup sihat dan aktif menerusi aktiviti berenang.

#JBSNSelangor
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor
Lot 4, Persiaran Perkilangan, Seksyen 21
40300 Shah Alam SELANGOR
No Tel : 03-55192326 | No Faks : 03-55192231

jbsselangor@gmail.com
http://www.jbsn.gov.my/jbs-selangor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search